Monday, November 15, 2010

PW addicted~ *updated*

aluu n salam~ Photobucket

hehee..
pe khabar suma Photobucket
tgh2 bosan nih, tetibe tergerak hati dan jari nih utk post nih hehee..
memandangkan ak sgt2 addict ngan Perfect World..Photobucket
byk screenshot ak tgkap..
n of coz, bila bosan, ak akan edit screenshots tuh..

tapi..Photobucket
byk da ilang sbb HD laptop ak kne tukar baru..Photobucket
suma ilang uwaaaa..Photobucket
sedih tul bila terkenang kembali huhuu..Photobucket
cuma ada sikit je yg ada backup..Photobucket
itu sbb ak upload kat Fbook, save kt mediafire, photobucket and dlm sent items..




MugiMugi Wallpaper

hehee..
nmpak macam grand kan?
inilah 1st guild yg ak rasa sgt2 besh..
wally nih ak uat sempena post MugiMugi and Frens ^^
post tuh ada la serba sedikit info ttg guild and guild members MugiMugi..Photobucket




Nakama banner


banner nih plak ak design khas utk guild (EA) ak skrang..
iaitu guild ★NAKAMA★..Photobucket
mcm org gila ak nk susunkan budak2 nih..Photobucket
kita mesti nk photoshot yg terbaik kan??
smpi 2 client skali ak bukak..
1 utk adjust posisi budak2 nih..
1 lg khas utk tangkap gambar..highest quality..
berat giler huhuu..
nak tgk gmbar photoshoot nakama??
leh gi ke ★NAKAMA★ post..


teefa and Vicor!
(in Richie fashion) ekekeee..
fash yg paling ak suka..Photobucket
ak xigt nama btul fash nih..
ak ikut je dlm PW-MY hehee..
teefa bergambar ngan kekasih hatinya, Vicor! Photobucket
actually bukan betul2 pakai pun..Photobucket
ak cilok gmbar WF and MG pakai fash tuh then ak edit muka je ekekee..Photobucket
mosh org pertama dapat cam..Photobucket
female tuh job asal WF, male tuh plak MG..Photobucket


forever always ^^

tuh gmbar terlatest yg ak edit..Photobucket
gabungan couple EA n EP ak..Photobucket
nih gmbar edit-first trial pny..cincai punya keje la katekan..Photobucket
edit pny edit pny edit..
the final touch..
taraaa~~Photobucket

sangat syuuuwiiittt..Photobucket

bukan teefa je ade kekasih hati..

EP ak, effa_hime pun ada hehee..Photobucket

macam2 dah ak uat utk edit pict nih..

las2 tuh la hasilnya..



nak ikutkan mmg byk ak nak edit..
screenshot folder dlm PW hmpi cecah 3gb..Photobucket
blum masuk tmasuk dlm HD lama ak..Photobucket
kalu datang mood nk mengedit, bru la nmpak hasilnya ekekee..

sekian sahaja utk post kali nih..Photobucket
kalu ada mood rajin, ak post lg hehee..Photobucket

tata n salam~ Photobucket Photobucket


----------------------------------



akhirnya ak jumpa gambar yg selama ini ak cari..


original version - crop version


edited version - feat. hime & ink ^^

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Raya ^ ^

salam~ Photobucket

walaupun agak terlambat tp masih lg sempat utk ak ucapkan
Selamat Hari Raya
kepada semua pembaca Photobucket
punya la lama ak nak dapatkan mood utk create kad raya..Photobucket
nak ikutkan nak uat kad raya berbentuk Flash mcm tahun lepas..
tp mood nak uat tuh xde, jadi ak uat yg simple je..Photobucket
terimalah "Kad Raya" dari ak..Photobucket



Di kesempatan ini..
ak ingin meminta maaf kepada semua pembaca2 blog ku nih..
Andainya ak..
TERKASAR bahasa..
TERSILAP bicara..
TERMARAH yang xpatut..
TERTANYA yang xtentu hala..
TERSASUL yang xsengaja..
TERPUKUL kat mana2..
TERPEKIK di telinga..
TERHANTUK di kepala..
TERPINJAM harta benda..
TERMOODY xsemena2..
TERUMPAT bila2 masa..
TERUSIK yg sengaja..
TERGURAU yg over..
n mcm2 TER lagi..

Bergembiralah dan bersederhanalah dalam menyambut Hari Raya nih..
Berhati-hatilah di jalan raya..
Jangan lupa service kereta..
Pastikan kunci tingkap n pintu umah..
Jangan lupa tutup semua bekalan elektrik..
Jangan off suis utk peti sejuk sudey..
balik2 nnt bau mcm kt pasar Photobucket
Jemputla datang beraya umah ak ye..
Jangan lupa bawak duit raya utk ak..Photobucket


Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin
Photobucket

Tuesday, August 24, 2010

khas kepada para pembaca ^ ^

credits to:

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia "mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri sayamengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah.

"Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya."
Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyeyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya..


Monday, August 23, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan ^^

salam~ Photobucket

aluu suma..
pe khabar??
pose x arinih?? ekekee..Photobucket
lama btul xupdate blog nih..
mood nak tulis tuh susah nau nak dtg..Photobucket
nape ntah huhuu..

hari nih..
23 Ogos 2010..
bersamaan
13 Ramadhan 1431 Hijriah..
saya ingin mengucapkan..
Selamat Menyambut Ramadhan
kepada semua pembaca
Photobucket


dah 13 hari pose bru nak wish ekekee..Photobucket
wlpun sgt2 terlambat tp ak tetap nk wish hehee..

skrang nih dlm proses utk membuat kad raya berbentuk flash..
raya tahun lepas ak ada uat..sgt2 simple hehee..

click SINI utk download kad raya flash..
credits to Mr.Ed, my multimedia lecturer, yg mengajar ak psal Adobe Flash Photobucket
wlpun zaman dah maju, ak still stick ngan cara tradisional..
utk tahun nih, masih mencari mood nk uat..Photobucket
tulis & pos kad raya..Photobucket
tp hanya org tertentu shj yang dapat la..Photobucket
sape2 yg pos kad raya ak, insyaallah ak akan balas balik.. Photobucket


akhir kata..
sekali lagi..
Selamat Menyambut Ramadhan..
&
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin..

raya nnt jemput2 la dtg beraya umah ak ye..Photobucket

skrang nih dlm proses memujuk parent ak uat openhouse hehee.. Photobucket
n xlupa juga terima kasih kerana sudi singgah di blog ak..Photobucket
semoga jumpa lg..

tata n salam~ Photobucket
Related Posts with Thumbnails